Wednesday, 3 August 2011

Jawatan Kosong

Jawatan kosong yang ganjarannya paling lumayan pada bulan puasa ini. Boleh jadi jutawan!

Kelayakan:

1. Akil baligh
2. Lelaki atau Perempuan
3. Tidak Gila
4. Tidak Uzur Shari’e


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu…….

Tuesday, 2 August 2011

Selamat berpuasa...

Sudah 3 hari berpuasa, alhamdulillah berjaya melaluinya dengan sempurna, disini aq berazam ingin menjadi lebih baik dari bulan2 yg lepas... Kadang2 bila teringat kembali msa nakal2 dulu, huhuhu, cukup menyeramkan...

Kalau cakap ttng puasa, mesti je org akan tanya, 'Bazaar ramadhan yg mane best eh?' Hahaha, aq pun tanya member aq mcm tu jugak, maklum la, duk di perantauan, mcm2 kite kene taO... Setakat ni aq dh survey bazaar ramadhan kat area Shah Alam, mmg banyak betul Bazaar sampai x taO nak berhenti kat mana, silap2 aq x buke pose la nnti... Hahahaha... Ok la, nampaknya mase dh agak lewat, mmg byk bende aq nak cite tp simpan dulu, esok pas buke leh cite lg... Hihihihi... Esok keje kul 8.00 a.m, fuhhh... Kemonla... Semangat...!!!

Assalamualikum dan selamat malam...

Kebiasaan Rasulullah S.A.W di Bulan Ramadhan

Semasa berpuasa di bulan Ramadhan, ada baiknya mengikuti kebiasaan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW. Agar ibadah puasa kita menjadi lebih baik. Adalah sebaiknya setiap tahun kita mencuba meningkatkan amalan kita, ibarat jika selama ini kita pakai kereta Proton Saga, mendatang kita mesti teringan nak pakai kereta Toyota Alphard baru dan sebagainya. Begitulah amalan kita hendaknya. Takkan hanya takat tu jer, sebaiknya kita mencuba untuk upgrade amalan kita.

Ramadhan adalah bulan yang sangat agung, oleh kerana itu kita harus menghiasinya dengan amalan-amalan sholeh. Langkah yang boleh kita lakukan adalah dengan menteladani kebiasaan Nabi Muhammad SAW dalam mengisi hari-hari di bulan Ramadhan.


Beberapa kebiasaan Rasulullah SAW dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah :

1. Memperbanyak sedekah.

2. Memperbanyak membaca Al Qur`an.

3. Mengakhirkan waktu sahur.
Sahur adalah sunnah, baik itu dalam puasa sunnah ataupun wajib. Sunnah dalam sahur adalah mengakhiri waktunya.

4. Memperbanyak solat malam.
Melakukan solat malam ( sholat tahajjud / sholat tarawih ).

5. Iktikaf
Iktikaf bermakna diam, tinggal atau mengurung diri di suatu tempat tertentu. Secara syariat, iktikaf adalah diam dan tinggalnya seorang muslim dalam keadaan suci di masjid. Tujuannya beribadah dengan disertai niat.

6. Menghidupkan sepuluh malam terakhir.
Menghidupkan sepuluh malam terakhir adalah beribadah, baik itu dengan solat malam, membaca Al-Quran ataupun dengan berzikir dan berdoa. Dikhususkan waktu sepuluh hari terakhir kerana hari-hari itu telah mendekati berakhirnya bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan penuh berkah.

Nabi Muhammad SAW ingin mengakhiri bulan Ramadhan dengan beribadah sungguh-sungguh sebelum bulan itu berlalu.
Selain itu [ada sepuluh hari terakhir ini adalah waktu yang bertepatan dengan turunnya Lailatul Qadar ( malam kemulian ).

7. Bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar .
Lailatul Qadar artinya malam kemulian, iaitu malam diturunkannya Al Qur`an. Malam ini lebih baik dari seribu bulan atau delapan puluh tiga tahun beberapa bulan.

Pembukaan Blog EPi™

Assalamialaikum w.b.t...

Buat sahabat-sahabatku yang dikasihi kerana Allah. Semoga kita bersama sejahtera dan bahagia di bawah lembayung rahmatNya.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. kerana limpah dan inayah-Nya, maka terwujudlah laman blog ini untuk sama-sama kita berkongsi suka dan duka dalam dunia.

Terima kasih kepada semua kerana sudi menjengah blog saya.  Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap kelemahan itu hadirnya dari saya jua.