Friday, 5 August 2011

Cabaran IbuBapa (Share dari orang)

Inilah cabaran utk ibubapa zaman sekarang.....ad uss...mmg boleh gugur jantung kita dibuatnye....

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 17thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

_______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _____________

Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia.. ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya.

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).
Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 17 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg tercinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …
_______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _____________

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis di atas itu benar, segalanya gurauan belaka. Aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… .. Jangan Marah aaaa.... :D

Saturday Is That Day!!!

Hahaha, akhir nya aq mendapat idea bernas untuk membahagikan masa aq supaya dapat meluangkan masa menulis kat blog ni... Bila di fikirkan balik, aq akan kumpul cerita setiap minggu n akan release pada setiap hari Sabtu.. Hahaha... Klu mcm ni x la aq kelam kabut nak update blog... Hahahaha...

Puase Ke Lima

Assalamualaikum selamat berbuka puase kepada semua muslimin dan muslimat sekalian, alhamdulillah, selesai sahaja aq berbuka puasa di Shah Alam, ari ni aq x sempat g bazaar ramadhan, so makan apa yg ade di rumah sahaja, bgs jugak x g bazaar, jimat duit aku... Klu dh jejak kaki kat sane, pergh... Itu nak, ini nak... nafsu2....  So hari ni berbuka ala kadar sahaja, cukup utk mengisi perut yang sedang kelaparan...


Hahaha, roti john... Sedap nya... Bukan sebarang roti john... Tetapi ni adalah Roti John Ayam Cheese... Hahahaha... Terbaik!!!

Wednesday, 3 August 2011

Lindungan Race

Hahahaha, acara yg paling di minati telah tiba... Lindungan Race ni acaca macam explore race la... Cuma x terlalu adventure... Just perlu guna otak jer menjawab soklan yg die bg... Klu nak taO ni la team aq...


Team kitorg ni di ketuai oleh K-Pop (Shahrir), dan member yg lain adalah Ad, Bro Sam & aq (EPi™)... Rasanya team kitorg jer yg mude2, klu mude mestila banyak tenaga... Malangnya nasib x menyebelahi kami... Tp ok la dpt no 4, at least bukan yg last... BTW, hari tu mmg hari bertuah bg ku kerana tanpa di duga, aq dpt menang cabutan bertuah... Sungguh x sangka...


Hahahaha... mmg seronok giler ari tu... Kerana selama 1 hari suntuk itu penuh dengan aktiviti2 yg sgt best bersama-sama dgn diorg... Lepas Lindungan Race ini habis, kitorg g main bowling, pastu gerak Shah Alam g Karaoke dulu sbb mengisi masa sebelum tgk bola Malaysia vs Singapore... Hahahaha... Penat giler seyh... anyway that day was the best...

KNGL Bowling Tournament

Assalamualaikum dan selamat bersahur, alhamdulillah kenyang setelah perut di isi... 
Lauk ari ni adalah, kari daging, ikan masak lemak & sambal ikan bilis...
Hihihihi... Harap2 keje nnti x ngantok kekenyangan...

Bulan Julai yang lepas, banyak aktiviti yg telah dijalankan oleh 
Kelab Sukan Kontena Nasional Global Logistics...
Antaranya ialah...

KNGL Bowling Tournament...
Pertandingan ini melibatkan seluruh pekerja KNGL HQ...
Ktorg bertanding antara floor, hahaha... Malas nak cite panjang, tgk je la gmbar ni k...

Perasmian Pertandingan Oleh Dato' Najmuddin







Huhuhuhu... Tak boley tido...

Jam dah menunjukkan tepat pkul 3.00 a.m, tp mata still x boley lelap... Adoi, knp la jd mcm ni... Aq risau esok kat opis ngantuk jer... Nanti keje sume x jalan, huhuhu ~Apa pun x bley~ So, tanpa membuang masa baek aq celoteh kat blog ni sampai lebam biji mate aq... Huhuhu, erm... Hari ini mcm biase jer, x de apa pun yg menarik sgt cuma aku sangat berpuas hati dengan motosikal aku... Hehehehe, biarpun hanya keluaran Malaysia, Modenas GT128 bagiku adalah yg terbaik...


Hahaha, lawa kan? Hurm, inilah moto yg pertama aq beli gune duit aq sendiri... Ade kelebihan sebenarnya kita berkawan dengan mat motor/orang yg minat moto sbb diorg sgt pakar dalam bidang motosikal... Kita amik apa yg positif, jgn la kita ikut yg negatif... Sehingga hari ini banyak pengalaman dan pengajaran yg aq dapat dari beberapa member yg minat pasal moto ni... So, aku pun mengambil peluang memberi kepuasan kepada aq dan motoku...

Aq akan menjaga dia baik2 kerana ini lah harta ku yg pertama, lepas dh hbs bayar mto ni... rasanya blh beli kereta plak... Hehehehe... Tetapi GT(Glade Tornado) still menjadi kesayanganku...

Jawatan Kosong

Jawatan kosong yang ganjarannya paling lumayan pada bulan puasa ini. Boleh jadi jutawan!

Kelayakan:

1. Akil baligh
2. Lelaki atau Perempuan
3. Tidak Gila
4. Tidak Uzur Shari’e


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu…….

Tuesday, 2 August 2011

Selamat berpuasa...

Sudah 3 hari berpuasa, alhamdulillah berjaya melaluinya dengan sempurna, disini aq berazam ingin menjadi lebih baik dari bulan2 yg lepas... Kadang2 bila teringat kembali msa nakal2 dulu, huhuhu, cukup menyeramkan...

Kalau cakap ttng puasa, mesti je org akan tanya, 'Bazaar ramadhan yg mane best eh?' Hahaha, aq pun tanya member aq mcm tu jugak, maklum la, duk di perantauan, mcm2 kite kene taO... Setakat ni aq dh survey bazaar ramadhan kat area Shah Alam, mmg banyak betul Bazaar sampai x taO nak berhenti kat mana, silap2 aq x buke pose la nnti... Hahahaha... Ok la, nampaknya mase dh agak lewat, mmg byk bende aq nak cite tp simpan dulu, esok pas buke leh cite lg... Hihihihi... Esok keje kul 8.00 a.m, fuhhh... Kemonla... Semangat...!!!

Assalamualikum dan selamat malam...

Kebiasaan Rasulullah S.A.W di Bulan Ramadhan

Semasa berpuasa di bulan Ramadhan, ada baiknya mengikuti kebiasaan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW. Agar ibadah puasa kita menjadi lebih baik. Adalah sebaiknya setiap tahun kita mencuba meningkatkan amalan kita, ibarat jika selama ini kita pakai kereta Proton Saga, mendatang kita mesti teringan nak pakai kereta Toyota Alphard baru dan sebagainya. Begitulah amalan kita hendaknya. Takkan hanya takat tu jer, sebaiknya kita mencuba untuk upgrade amalan kita.

Ramadhan adalah bulan yang sangat agung, oleh kerana itu kita harus menghiasinya dengan amalan-amalan sholeh. Langkah yang boleh kita lakukan adalah dengan menteladani kebiasaan Nabi Muhammad SAW dalam mengisi hari-hari di bulan Ramadhan.


Beberapa kebiasaan Rasulullah SAW dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah :

1. Memperbanyak sedekah.

2. Memperbanyak membaca Al Qur`an.

3. Mengakhirkan waktu sahur.
Sahur adalah sunnah, baik itu dalam puasa sunnah ataupun wajib. Sunnah dalam sahur adalah mengakhiri waktunya.

4. Memperbanyak solat malam.
Melakukan solat malam ( sholat tahajjud / sholat tarawih ).

5. Iktikaf
Iktikaf bermakna diam, tinggal atau mengurung diri di suatu tempat tertentu. Secara syariat, iktikaf adalah diam dan tinggalnya seorang muslim dalam keadaan suci di masjid. Tujuannya beribadah dengan disertai niat.

6. Menghidupkan sepuluh malam terakhir.
Menghidupkan sepuluh malam terakhir adalah beribadah, baik itu dengan solat malam, membaca Al-Quran ataupun dengan berzikir dan berdoa. Dikhususkan waktu sepuluh hari terakhir kerana hari-hari itu telah mendekati berakhirnya bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan penuh berkah.

Nabi Muhammad SAW ingin mengakhiri bulan Ramadhan dengan beribadah sungguh-sungguh sebelum bulan itu berlalu.
Selain itu [ada sepuluh hari terakhir ini adalah waktu yang bertepatan dengan turunnya Lailatul Qadar ( malam kemulian ).

7. Bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar .
Lailatul Qadar artinya malam kemulian, iaitu malam diturunkannya Al Qur`an. Malam ini lebih baik dari seribu bulan atau delapan puluh tiga tahun beberapa bulan.

Pembukaan Blog EPi™

Assalamialaikum w.b.t...

Buat sahabat-sahabatku yang dikasihi kerana Allah. Semoga kita bersama sejahtera dan bahagia di bawah lembayung rahmatNya.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. kerana limpah dan inayah-Nya, maka terwujudlah laman blog ini untuk sama-sama kita berkongsi suka dan duka dalam dunia.

Terima kasih kepada semua kerana sudi menjengah blog saya.  Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap kelemahan itu hadirnya dari saya jua.